search
top

Terapi Pesakit Stroke / angin ahmar di Ismail Accutherapy Centre Batu Pahat

Asalamualaikum semua..

Entry ana kali ini nak share tentang satu tempat rawatan alternative untuk pesakit stroke. Actually, idea untuk share info ni kat blog adalah apabila salah seorang kawan ana bertanya tentang emak ana yang ada history minor stroke. Musykil juga. Kenapa tetiba tanya soalan macamtu? Rupa-rupanya pak long kawan ana ni mengalami kes yang hampir serupa dengan emak ana. Stroke separuh badan bahagian kanan.

10414394_10152309504488462_60755030957007688_n

Segalanya bermula apabila emak ana discharge daripada wad dan dibenarkan pulang kerumah. Waktu itu untuk urusan emak ana ini banyak dilakukan oleh kakak ana. Jadi ana just boleh share mana yang ana tahu sahaja. Atas maklumat rakan atau kenalan terdekat (ana tak sure siapa) mereka mencadangkan untuk kami menghantar emak ke pusat rawatan di batu pahat iaitu di Ismail Accutherapy Centre.

Sponsored- about this ads
Part time dari rumah yang lumayan? Klik sini
Mahu buat duit tanpa modal? Klik sini

Ini kerana telah ramai orang datang mendapatkan rawatan disana dan serasi (dengan izin Nya, sembuh). Masa kat pusat rawatan tu, bukan orang melayu ja kat situ. Cina, india, hinggakan mat saleh pon ada yang sama-sama tunggu turn untuk buat rawatan. So, kalau kene menunggu tu, harap bersabar lah. Sambung balik kisah emak ana, kakak-kakak ana ni pun bergilir-gilir menghantar emak ana ke pusat rawatan itu setiap hari. Dan dengan izin Nya, Alhamdulillah, kesihatan emak ana beransur baik sehingga boleh berjalan semula.

mak

Siap ada tangga sebagai tool untuk melatih pesakit berjalan.

Sekarang ini ana nak war-warkan kepada semua kenapa perlu share info tentang pusat rawatan ini.

Pertama, apabila ada ahli keluarga atau kenalan yang terkena stroke, kita biasanya tidak tahu hendak buat macam mana. Adakah hanya tunggu dirumah saja sehingga checkup susulan dari pihak hospital?

So, cadangan ana, datanglah ke pusat rawatan Ismail Accutherapy Centre ini sebagai alternative. Maksudnya, rawatan susulan hospital tu kita tetap pergi juga. Tetapi ini kira rawatan tambahan yang kita ambil untuk mempercepatkan proses penyembuhan.


Kedua, tentu mahal kalau nak arrange fisioterapi atau rawatan-rawatan berkaitan di klinik swasta. Pendapatan kita ni bukan lah tinggi mana.

Jangan risau. Kelebihan pusat rawatan ini ialah, sekiranya rawatan tidak melibatkan injection atau ubat-ubatan (100% rawatan pakai mesin sahaja) bayaran adalah seikhlas hati. Maksudnya, anda tidak perlu risau kalau anda bukan dari golongan berpendapatan tinggi. Kerana harga kos rawatan ini ditetapkan oleh anda sendiri. Means, kalau anda mahu beri RM1 sahaja pon mereka terima. Kerana niat mereka adalah ingin membantu orang. Kebiasaannya, kalau anda berpuas hati dengan hasil rawatan, pastinya anda akan membayar lebih dari itu. Sekali lagi ana tekankan disini. Bayaran kos rawatan adalah seikhlas hati anda untuk memberi.

Sponsored- about this ads
Part time dari rumah yang lumayan? Klik sini
Mahu buat duit tanpa modal? Klik sini


Ketiga, carian Ismail Accutherapy Centre ini mungkin tidak berapa mesra di search engine (ini hanyalah pendapat ana) sebab senang typo bila nak search.

Oleh itu, anda bolehlah copy link blog ini dan share info ini kepada sesiapa yang memerlukan. So, kat atas tadi ana ada sertakan gambar business card pusat rawatan itu. Bolehlah telefon atau hubungi mereka kalau nak buat appointment ataupun pertanyaan lanjut. Boleh juga refer map kat bawah ni (walaupun kabur sedikit tetapi harap membantu) untuk ke tempat pusat rawatan.

10377991_10152309504663462_6533365018562702228_n

Apa-apa pun, kene ingat. Sakit itu Allah yang bagi dan Dia juga lah yang berkuasa untuk menyembuhkan. Kita sebagai hamba,apabila diuji, perlulah bersabar dan berusaha. Bukan main redha tapi tak buat apa-apa..

p/s: pusat ini ada juga menyediakan rawatan untuk kes selain daripada stroke tetapi ana tak nyatakan sebab tak sure.

Sponsored- about this ads
Part time dari rumah yang lumayan? Klik sini
Mahu buat duit tanpa modalKlik sini

JDT menang Liga Super 2014!!

Entry kali ini ana nak cerita tentang BOLA. What? Seriously? Biar betul ana!!

JDT

Ana telah mencilok image ini dari google

Sebelum piala dunia berlangsung, company ana ada keluarkan memo tentang disiplin pekerja sepanjang tempoh ia berlangsung. Mula-mula tu ana rasa surprise sebab nak piala dunia pon siap kene ada memo disiplin dikeluarkan ke? Macam pelik sebab bidang kerja company ana ni tak ada kaitan pon dengan bidang sukan.

Sponsored- about this ads
Part time dari rumah yang lumayan? Klik sini
Mahu belajar buat cokelat sendiri? Klik sini

Then apabila boss explain his concern regarding this matter, barulah ana faham. Kat TV pon pemberita ada selit-selit nasihat supaya peminat bola ni jangan sampai mengganggu prestasi kerja. Rupa-rupanya, pekerja yang GILA BOLA TAK BERTEMPAT ada tendency untuk mohon cuti, datang lewat, mengantuk di tempat kerja dan kadang-kadang sampai ambil medical leave. The worst case is, bila mengantuk, pekerja tidak focus dan boleh mengakibatkan kemalangan. Ayat boss ana time meeting yang ana ingat-ingat lupa.

“you watch people playing football, and make them making  million of money but you are not. In fact, you are the one who might have lost your job if you are not in the right discipline.”

Tapi, sudah tentu bukan semua yang GILA BOLA itu mempunyai masalah disiplin. Pandailah mereka manage masa dan menjaga prestasi kerja mereka.

Sponsored- about this ads
Part time dari rumah yang lumayan? Klik sini
Mahu belajar buat cokelat sendiri? Klik sini

Actually, ana bukan lah peminat bola tegar pon. kadang-kadang saja ikuti perkembangan bola ni. By the way, ana bukan nak cerita tentang piala dunia di brazil tu. Sukan bola yang ana nak cerita ni tentang Liga Super yang dijuarai oleh JDT!! (Bangga kejap). Hehe.. Oleh kerana JDT menang liga super 2014, kerajaan negeri Johor telah mengumumkan cuti umum pada 26th June 2014 iaitu hari ini..

images

Ini pon ana rembat dari google image. huhu

Kalau ikutkan status-status rakan-rakan di Facebook dan tweeter, pastinya ramai yang mengwar-warkan berita ini bermula malam tadi. Betul tak? Untuk kes ana yang kerja swasta ni, ade terdetik lah juga di hati. “Betul ke dapat cuti ni?” So, hari ini kami pon datang lah kerja seperti biasa.

Alhamdulillah, baru je tadi keluar memo mengatakan pekerja dibawah scope union akan dibayar gaji mengikut kadar kerja lebih masa iaitu public overtime. Manakala yang tidak dibawah scope union (seperti ana) akan mendapat satu replacement leave. Ok la tu kan.

So, kesimpulan yang ana buat berkenaan kemenangan JDT di Liga Super 2014 ini ialah;

Pertama, sebagai rakyat johor, bangga la sebab menang. Hehe..

Kedua, mana yang bukan orang johor tetapi bekerja di johor, pastinya anda mendapat cuti free ataupun kerja dibayar dengan kadar OT public hari ini. Yahoo!!

Sponsored- about this ads
Part time dari rumah yang lumayan? Klik sini
Mahu belajar buat cokelat sendiri? Klik sini

Potato Au Gratin recipe

Entry selera hana kali ini, ana nak share resepi POTATO AU GRATIN versi anna diaz.

Actually, resepi ni ana dapat daripada internet tetapi ada beberapa step yang ana terlupa ikut semasa pertama kali experiment memasaknya. However, hasil masakan menu ini masih memuaskan hati ana sebab rasanya similar dengan yang Barney’s buat tuh. Hehe.. (Ibarat masuk bakul angkat sendiri).

Sponsored- about this ads
Part time dari rumah yang lumayan? Klik sini
Mahu buat duit tanpa modalKlik sini

Dalam enry ana tentang Barney’s restaurant tu ana ade share sikit tentang menu potato au gratin ni. Menurut anak tekak ana, menu ini sesuai disajikan bersama daging atau ayam yang di panggang. Kira BBQ concept la. So, selalunya bila BBQ, sos lada hitam la yang paling selalu menjadi pilihan. Tapi, pada pendapat ana, potato au gratin ini boleh menggantikan fungsi sos lada hitam untuk memberi rasa yang berbeza yet still lazat.


IMG_20140622_172308

Bahan-bahan A:

3-4 biji kentang Russet disagat/ hiris

1 biji bawang Holland dipotong menjadi ring

Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

IMG_20140622_174009

Bahan-bahan B:

3 sudu makan butter

3 sudu tepung gandum

½ sudu the garam

2 cawan susu

1 ½ cawan keju cheddar disagat/potong kecil

Sponsored- about this ads
Part time dari rumah yang lumayan? Klik sini
Mahu buat duit tanpa modal? Klik sini


Langkah pertama, kita mulakan dengan bahan-bahan A iaitu;

  • Susun satu lapisan kentang diseluruh bekas loyang atau untuk kes ana, ana guna aluminium foil dan shape kan menjadi bentuk dulang/loyang.
  • Kemudian, susun lapisan ke-2 dengan bawang Holland.
  • Taburkan campuran garam dan serbuk lada hitam diatasnya.
  • Ulangi lapisan kentang di ikuti bawang dan campuran garam dan serbuk lada hitam itu tadi sehingga habis. Letak tepi.

??????????????????????????????? IMG_20140622_174818


Langkah kedua pula melibatkan bahan-bahan B.

  • Cairkan butter di dalam kuali pan dengan api sederhana dan masukkan tepung dan garam. Kacau sehingga sebati.
  • Kemudian masukkan susu dan pastikan terus mengacau. Apabila susu dah start ade buih-buih kecil nak mendidih, masukkan keju cheddar dan kacau sehingga semua keju cair dan campuran kelihatan sedikit likat dan sebati. Kemudian, tuangkan campuran tadi ke dalam loyang yang telah dilapiskan dengan kentang dan bawang tadi.

???????????????????????????????


Langkah ketiga;

  •  Masukkan kedalam oven dan bakar sehingga kentang masak. Kalau mengikut resepi asal, tempoh pembakaran 30min dengan suhu 200°C. Untuk kes ana yang tak ade oven dirumah, ana masukkan loyang kedalam happycall (periuk / kuali serbaguna. Ada juga jenama lain seperti Ikan dll) dan bakar lebih kurang 30 min juga.

Setelah kentang masak, menu itu sudah sedia untuk dihidang..

??????????????????????????????? IMG_20140622_185359

Selamat mencuba dan berexperiment bersama ana!!

Tips: kalau nak tahu kentang dah masak ke tidak, try cucuk dengan garfu dan kalau lembut je sampai ke dasar loyang, maksudnya dah masak la tuh.

Sponsored- about this ads
Part time dari rumah yang lumayan? Klik sini
Mahu buat duit tanpa modal? Klik sini

Barney’s Restaurant

Untuk entry selera hana kali ini, ana nak share tentang satu tempat yang menyediakan makanan western. Nama restoran yang ana nak share ialah Barney’s restaurant. Kepada kawan-kawan yang sekali-sekala ingin menikmati makanan western, bolehlah datang ke restoran ini.

Restoran ini berdekatan dengan BSN kluang (area tepi sungai) dan maklumat official yang ana dapat di facebook adalah seperti dibawah;

Address          : 5&6, Jalan Yayasan, 86000 Kluang

Phone             : 07-7744992

Hours             :11:30 am – 10:00 pm

 

Sponsored- about this ads
Part time dari rumah yang lumayan? Klik sini
Mahu buat duit tanpa modal? Klik sini

Gambar dengan jari peace kat bawah ni ana ambil masa first time makan kat restoran Barney’s sebab restoran ini adalah favorite restaurant pilihan bos-bos ana.

Photo0626

Setiap kali important visitor datang, kebiasaannya pihak HR company ana akan arrange lunch atau dinner di restoran ini. Hiasan dalamannya menarik dan membawakan ciri-ciri eropah.  Susun aturnya yang teliti menjadikan suasana lebih selesa seperti di rumah dan privasi. Selain daripada itu, makanan juga boleh ditempah dan dihantar ke tempat yang kita mahu.

IMG_1570

Ada apa dengan Barney’s?

Apabila bercerita tentang makanan western, masing-masing mempunyai citarasa yang berbeza. Di restorant ini, mereka ada menyediakan pelbagai menu seperti pizza, masakan daging, ayam, ikan, salad dan lain-lain. Makanan sampingan juga tidak kurang lazatnya. Oleh itu, agak sukar untuk ana nyatakan menu yang manakah paling sedap kerana ianya bergantung kepada citarasa masing-masing. Yang paling penting, ianya HALAL.

Photo0624

Antara menu salad sebagai appetizer

   Photo0627Photo0630

Antara menu daging dan ayam sebagai hidangan utamaPhoto0631  Photo0628

Antara menu makanan sampingan 

Photo0634

Salah satu menu dessert yang disediakan

Disini, ana hendak share tentang salah satu makanan sampingan iaitu potato au gratin. First time ana makan menu ini ialah sewaktu dinner majlis perpisahan factory director.

Waktu itu, main dish yang dihidangkan adalah daging lembu separuh masak dihidang bersama potato au gratin. Daging tu memang lembut tapi masih ada membawa rasa arang ala-ala steak (sebab panggang). Apabila dimakan dengan potato augratin yang ada rasa sedikit masin dan lemak (tapi tak greasy), memang satu padanan yang sangat lengkap.

Sponsored- about this ads
Part time dari rumah yang lumayan? Klik sini
Mahu buat duit tanpa modal? Klik sini

Kali kedua, ana dapat makan semasa lunch time bersama technical director yang datang buat lawatan di factory. Kali ini, makanan dihidangkan secara buffet. Waktu itu, ayam grill ada juga dihidangkan dan ana pon cuba menikmati potato au gratin itu dengan ayam grill tersebut. SEDAP!! Oleh itu, dapatlah ana buat kesimpulan dimana potato au gratin ini sesuai sebagai pelengkap makanan berpanggang. Boleh lah dicuba untuk disajikan semasa berBBQ.

IMG_2476

Dalam gambar diatas, potato au gratin adalah tray ke-3 dari kiri.

Selain daripada makanan yang dihidangkan lazat dan enak, pada pendapat ana, servis yang diberikan kepada pelanggan  juga sangat baik dan mesra. Sekadar perkongsian, salah situasi yang berlaku kepada ana iaitu ketika pertama kali ingin mencuba menikmati espresso.

Seperti yang kita tahu, espresso ini kelat dan ada manis-manis kopi dihujung nya. So, di restoran Barney’s ini, cheft mencadangkan kepada ana cara untuk menikmati espresso dengan sedikit twist dimana satu scoop aiskrim vanilla dimasukkan kedalam secawan espresso hangat. Apabila diminum, rasa pahit dan manis kopi masih dikekalkan tetapi, dengan penambahan aiskrim vanilla, ia dapat meminimakan rasa kelat espresso. Yang unik nya, boleh rasa hangat dan sejuk dalam mulut dalam satu masa. Kepada yang ingin mencuba ataupun penggemar espresso, mungkin anda boleh cuba letak aiskrim vanila ini untuk menikmati pengalaman rasa yang berbeza.

Sponsored- about this ads
Part time dari rumah yang lumayan? Klik sini
Mahu buat duit tanpa modal? Klik sini

top