search
top

BIHUN SUP PUAKA

Hi! Untuk entry kali ini ana nak share tentang satu tempat makan yang sangat rare (pada pendapat ana) iaitu BIHUN Sup Puaka. Hurmm.. mendengar nama kedai nya sudah pun menggerunkan. Actualy, ana pernah terbaca mengenai bihun sup puaka ini semasa silent reading di facebook.  Ianya di share oleh salah seorang senior ana di USM dahulu. Kebetulan, semasa on the way nak ke lembah bujang, ana ternampak gerai ini di tepi jalan. So, balik dari melawat candi-candi di lembah bujang tu, kami pun singgah ke gerai berkenaan untuk merasai sendiri pengalaman makan sup PUAKA.

Gambar gerai dari seberang jalan.

Gambar gerai dari seberang jalan.

Mengikut review yang dibuat oleh senior ana, gerai itu membuka alunan suara orang mengaji  memenuhi suasana  gerai berkenaan. Ya! Memang betul pun. Pada pendapat ana, ianya buat kami rase safe. Maklumlah,  kami tiba tu dah dekat waktu magrib. So, bila dengar alunan suara orang mengaji ni rasa tenang saja. Back to the food, selain daripada bihun, pelanggan boleh juga memilih kuey teow atau mee kuning. Di atas meja pula, terdapat nasi lemak bungkus untuk pelanggan yang inginkan nasi lemak. Bersebelahan dengan gerai ini, ada orang mula membakar arang. Mungkin kami antara pelanggan awal pada hari itu jadi, ana tak sure arang tu dibakar untuk membakar sate atau BBQ atau apa. (Lupa pula nak tanya waktu operasi)

Mee sup puaka yang ana order.

Mee sup puaka yang ana order.

Ana memilih mee sup manakala ainol dan mai masing-masing memilih kuey teow sup. Oleh kerana pertama kali mencuba, maka kami pun menghirup dahulu kuah sup sebelun bercampur dengan sambal yang telah pun di letak didalam mangkuk itu. Rasa kuah sup daging yang cukup sedap yet sudah terasa pedas nya. (Seingat ana, sup danging kosong selalunya tidak rasa pedas). Kemudian ana pun menggaul sambal dan sos cili (mungkin) dan rasa kembali kuah sup tersebut. PEDAS!!!!  Skala tahap kepedasan sup ini 4 ½ bagi Mai sekiranya skala 5 menunjukkan paling pedas. Namun, bagi ana, skala tahap kepedasan kuah sup ini menjanggau skala 5. Ana bagi 6. Why? Sebab ana menangis dek menahan rasa pedas kuah sup itu. Pedas nya membuatkan ana rasa seolah-olah bibir ana mengembang dan pedas hingga ke telinga. Ana pun continue makan juga (sebab dah beli, rugi kalau tak makan) but just makan mee sahaja.  Siap tambah sirap ais sebab tak tahan pedas. Huhu..

Mai dan ainol adalah yan terjebak sama dengan ana menikmati sup puaka after visit lembah bujang.

Mai dan ainol adalah yang terjebak sama dengan ana menikmati sup puaka after visit lembah bujang. Huhu..

So, pada pendapat ana, nama gerai BIHUN SUP PUAKA ini mungkin diberi bagi menggambarkan tahap kepedasan sup tersebut. Memang puaka sungguh. Bagi penggemar makanan pedas, datang lah ke gerai ini dan cuba rasaai pengalaman sup pedas tahap puaka ni. Mungkin ana yang tak tahan pedas kot. Tapi kalau takat makan cili cicah kicap tu ana tahan je. So, setelah merasai sup puaka ni, ana pun confuse, ana ni tahan pedas atau tidak? T_T

Total cost untuk 2 gelas limau ais, 1 gelas sirap ais, 1 gelas teh O suam, 2 kuey teow sup dan 1 mee sup = Rm 13.00 sahaja.  Gerai ini juga menerima tempahan (sebab ana nampak contact number dan alamat di banner yang mereka naikkan). So, ana share juga alamat dan contact number ini bagi memudahkan sesiapa yang mahu try dan rasa sendiri pengalaman makan sup PUAKA.

Alamat => Lot 21, Kg Baru Tandop Batu Merbok, 08400 Merbok, Kedah Darul Aman.

Contact Number => 019-4464349 (syafiq), 019-2524527 (syafina)

 

 

2 Responses to “BIHUN SUP PUAKA”

  1. mai says:

    Hehe….ada jugak.gmbr i dlm ni…pape pon…leh ulang lg g mkn kat situ…boleh rekemen kat org…;p

  2. syafiq says:

    terima kasih kerana sudi singgah d kedai saya…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

top