search
top
Currently Browsing: Makan-makan

MEE KETAM BALIK PULAU

Kali ini ana nak cerita tentang mee ketam. Memang tidak dinafikan, banyak pilihan tempat makan yang best-best di Penang dan antara tempat makan yang di suggest oleh rakan ana untuk mencuba ialah Mee Ketam Balik Pulau. Dari namanya saja sudah pun memberi informasi dimanakah lokasi tempat makan ini. Tentunya di Balik Pulau, Pulau Pinang.

Signboard mee ketam balik pulau

Signboard arah masuk ke gerai mee ketam balik pulau

Semasa pertama kali ana ingin mengunjungi tempat makan ini, kami hampir terlepas simpang untuk masuk ke gerai ini kerana gerai mee ketam ini agak tersorok. Maklumlah, gerai dibuka di bahagian hadapan laman rumah pemilik gerai ini. ^^

3 dara

Mai, ainol and me.. depa ni la yang bawa ana mai makan kat gerai ni.

 

 

Pada mulanya, ana berasa pelik kerana tak boleh order air. Hauslah tekak eden! Rupa-rupanya gerai ini menyediakan minuman free tetapi tidak boleh pilih jenis minuman. Dengan kata lain, semasa ana berkunjung di gerai ini, terdapat air sirap disediakan di bahagian tepi. Konsepnya ala-ala kenduri kahwin atau asrama dimana kita akan ambil cawan yang disediakan dan ambil air sendiri untuk dibawa ke meja makan. Agak kelakar lah juga bila terdengar celoteh kanak-kanak dimeja sebelah yang merungut “air teh limau tak ada.. air milo pon tak ada.. Habis, die jual apa? Tak jual apa-apa…”.

Air sirap free yang disediakan di bahagian tepi kawasan meja makan.

Air sirap free yang disediakan di bahagian tepi kawasan meja makan.

Back to foodies, gerai mee ketam ini membolehkan pelanggan memilih mee kuning, kuey teow, bihun atau mee meggi untuk pilihan mee. Selain mee ketam, mereka juga ada menjual pisang goreng cheese dan kuih muih untuk makanan sampingan ala-ala minum petang. But, kami hanya fokus kepada mee ketam. Maybe next time baru try makanan sampingan tu.

Mee ketam = RM 10

Mee ketam = RM 10

Kuey teow udang = RM 10

Kuey teow udang = RM 10

Mee ketam special (ketam + udang + sotong) = RM 15

Mee ketam special (ketam + udang + sotong) = RM 15

Dari segi harga, bagi ana it’s affordable dan ok lah coz portion yang disediakan tu berbaloi dengan harga yang diberi. So, kepada sesiapa yang ada masa lapang dan berjalan-jalan di balik pulau, bolehlah singgah ke Mee Ketam Balik Pulau. It’s affordable, consumable dan layan je makan ketam tu. Disarankan datang pada waktu lapang. Barulah cukup masa untuk feel makan ketam…(>.@)

BIHUN SUP PUAKA

Hi! Untuk entry kali ini ana nak share tentang satu tempat makan yang sangat rare (pada pendapat ana) iaitu BIHUN SUP PUAKA. Hurmm.. mendengar nama kedai nya sudah pun menggerunkan. Actualy, ana pernah terbaca mengenai bihun sup puaka ini semasa silent reading di facebook.  Ianya di share oleh salah seorang senior ana di USM dahulu. Kebetulan, semasa on the way nak ke lembah bujang, ana ternampak gerai ini di tepi jalan. So, balik dari melawat candi-candi di lembah bujang tu, kami pun singgah ke gerai berkenaan untuk merasai sendiri pengalaman makan sup PUAKA.

Gambar gerai dari seberang jalan.

Gambar gerai dari seberang jalan.

Mengikut review yang dibuat oleh senior ana, gerai itu membuka alunan suara orang mengaji  memenuhi suasana  gerai berkenaan. Ya! Memang betul pun. Pada pendapat ana, ianya buat kami rase safe. Maklumlah,  kami tiba tu dah dekat waktu magrib. So, bila dengar alunan suara orang mengaji ni rasa tenang saja. Back to the food, selain daripada bihun, pelanggan boleh juga memilih kuey teow atau mee kuning. Di atas meja pula, terdapat nasi lemak bungkus untuk pelanggan yang inginkan nasi lemak. Bersebelahan dengan gerai ini, ada orang mula membakar arang. Mungkin kami antara pelanggan awal pada hari itu jadi, ana tak sure arang tu dibakar untuk membakar sate atau BBQ atau apa. (Lupa pula nak tanya waktu operasi)

Mee sup puaka yang ana order.

Mee sup puaka yang ana order.

Ana memilih mee sup manakala ainol dan mai masing-masing memilih kuey teow sup. Oleh kerana pertama kali mencuba, maka kami pun menghirup dahulu kuah sup sebelun bercampur dengan sambal yang telah pun di letak didalam mangkuk itu. Rasa kuah sup daging yang cukup sedap yet sudah terasa pedas nya. (Seingat ana, sup danging kosong selalunya tidak rasa pedas). Kemudian ana pun menggaul sambal dan sos cili (mungkin) dan rasa kembali kuah sup tersebut. PEDAS!!!!  Skala tahap kepedasan sup ini 4 ½ bagi Mai sekiranya skala 5 menunjukkan paling pedas. Namun, bagi ana, skala tahap kepedasan kuah sup ini menjanggau skala 5. Ana bagi 6. Why? Sebab ana menangis dek menahan rasa pedas kuah sup itu. Pedas nya membuatkan ana rasa seolah-olah bibir ana mengembang dan pedas hingga ke telinga. Ana pun continue makan juga (sebab dah beli, rugi kalau tak makan) but just makan mee sahaja.  Siap tambah sirap ais sebab tak tahan pedas. Huhu..

Mai dan ainol adalah yan terjebak sama dengan ana menikmati sup puaka after visit lembah bujang.

Mai dan ainol adalah yang terjebak sama dengan ana menikmati sup puaka after visit lembah bujang. Huhu..

So, pada pendapat ana, nama gerai BIHUN SUP PUAKA ini mungkin diberi bagi menggambarkan tahap kepedasan sup tersebut. Memang puaka sungguh. Bagi penggemar makanan pedas, datang lah ke gerai ini dan cuba rasaai pengalaman sup pedas tahap puaka ni. Mungkin ana yang tak tahan pedas kot. Tapi kalau takat makan cili cicah kicap tu ana tahan je. So, setelah merasai sup puaka ni, ana pun confuse, ana ni tahan pedas atau tidak? T_T

Total cost untuk 2 gelas limau ais, 1 gelas sirap ais, 1 gelas teh O suam, 2 kuey teow sup dan 1 mee sup = Rm 13.00 sahaja.  Gerai ini juga menerima tempahan (sebab ana nampak contact number dan alamat di banner yang mereka naikkan). So, ana share juga alamat dan contact number ini bagi memudahkan sesiapa yang mahu try dan rasa sendiri pengalaman makan sup PUAKA.

Alamat => Lot 21, Kg Baru Tandop Batu Merbok, 08400 Merbok, Kedah Darul Aman.

Contact Number => 019-4464349 (syafiq), 019-2524527 (syafina)

 

 

Loading Bay Cafe

Hi! Untuk entry ini, ana nak share satu pilihan tempat makan di Bandar Kluang. Nama restoran ini ialah Loading Bay Cafe. Mendengar namanya tidak bermakna tempat loading barang kontena ya. Mungkin nama restoran ini diberi sebegitu rupa untuk memberi makna tempat untuk kita load perut dengan makanan kot. Hehe..

IMG_20141017_132015

a snap across the street

Restoran ini ada menyediakan ruangan makan di bahagian luar sekiranya anda lebih prefer open air instead of air condition room. But, since kami datang for lunch and it just happen cuaca panas terik, kami pilih untuk masuk ke dalam. Buka saja pintu, ada pelayan yang sambut kami. Dia akan tanya bilangan orang yang datang untuk makan dan akan seat kan mengikut saiz table yang sesuai.

IMG_20141017_132058

Ruangan luar restoran

IMG_20141017_133359

It’s me!

IMG_20141017_133338

Thanks Farah, sebab teman makan lunch. ^^

Pada pendapat ana, suasana dalam restoran ini sangat best. Why? Simply because pencahayaan di bahagian dalam restoran ini sedikit kelam kerana mereka menggunakan downlight lightning, di tambah pula dengan alunan muzik yang di soul kan (lagu rancak tapi dah diolah ala-ala unplug jazz). So, walaupun seat meja sebelah tak jauh mana pun, but since ada alunan muzik ni, kami tak dengar pun perbualan pelanggan di meja sebelah dan membuatkan kami pun rasa yang apa yang kami bualkan tidak akan di dengar oleh pelanggan lain. Dengan erti kata lain, selesa dan ada privasi.

IMG_20141017_133150

Promotion for lunch

IMG_20141017_133026

Contact number and wifi password

Di atas meja makan tu actually ada fliers or template. So, antara promotion yang disediakan ialah set lunch dan special price for customer birthday days. Password untuk wifi dan contact number untuk reservation juga diletakkan di template ini.

The best part is, masa nak ambil order tu, pelayan tu tak jote down pon yet boleh ulang apa yang kami order without miss out. Memang professional sangat. Enough about the environment, now let’s talk about the foodies.. Since kami berdua saja, so menu dibawah ini adalah antara menu yang kami pilih di Loading Bay Café.

Coffee ice MYR 4.80

Coffee ice MYR 4.80

My favorite Coffee ice.. actually mereka juga menyediakan air suam (free) but since ana takut mengantuk after lunch, ana pun order kopi O ice ini.

Homemade Mushroom soup MYR 4.90 Garlic Bread 6pcs MYR 3.90

Homemade Mushroom soup MYR 4.90
Garlic Bread 6pcs MYR 3.90

For 1 set of homemade mushroom soup tu sebenarnya include 1pc of garlic bread. Ana add another 1 set garlic bread sebab kebiasaannya mushroom soup tu ana makan untuk dip kan garlic bread saja. But, bagi si peminat mushroom soup, pasti anda berpuas hati kerana sup cendawan ini cukup pekat dan memang terasa cendawan nya. ^^

Loading Bay Chicken Chop with egg MYR 12.90

Loading Bay Chicken Chop with egg MYR 12.90

Spicy Shrimp Pasta MYR 16.90

Spicy Shrimp Pasta MYR 16.90

Untuk menu Spicy shrimp pasta, anda boleh memilih tahap kepedasan yang anda mahukan. Ana pilih medium spicy yet memang pedas sudah.. huhu.. tapi sedap…>.<

Kepada anda semua mana yang tercari-cari tempat makan, bolehlah datang ke Loading Bay Cafe ini dan rasai sendiri pengalaman makan disini. Harga pun berpatutan sesuai dengan servis yang diberikan. Kalau ada yang bertanya kepada ana nak revisit kah cafe ini? My answer will be YES!

Untuk maklumat lanjut, boleh lah melawat laman Facebook Loading Bay Cafe. Klik Sini

Barney’s Restaurant

Untuk entry selera hana kali ini, ana nak share tentang satu tempat yang menyediakan makanan western. Nama restoran yang ana nak share ialah Barney’s restaurant. Kepada kawan-kawan yang sekali-sekala ingin menikmati makanan western, bolehlah datang ke restoran ini.

Restoran ini berdekatan dengan BSN kluang (area tepi sungai) dan maklumat official yang ana dapat di facebook adalah seperti dibawah;

Address          : 5&6, Jalan Yayasan, 86000 Kluang

Phone             : 07-7744992

Hours             :11:30 am – 10:00 pm

 

Sponsored- about this ads
Part time dari rumah yang lumayan? Klik sini
Mahu buat duit tanpa modal? Klik sini

Gambar dengan jari peace kat bawah ni ana ambil masa first time makan kat restoran Barney’s sebab restoran ini adalah favorite restaurant pilihan bos-bos ana.

Photo0626

Setiap kali important visitor datang, kebiasaannya pihak HR company ana akan arrange lunch atau dinner di restoran ini. Hiasan dalamannya menarik dan membawakan ciri-ciri eropah.  Susun aturnya yang teliti menjadikan suasana lebih selesa seperti di rumah dan privasi. Selain daripada itu, makanan juga boleh ditempah dan dihantar ke tempat yang kita mahu.

IMG_1570

Ada apa dengan Barney’s?

Apabila bercerita tentang makanan western, masing-masing mempunyai citarasa yang berbeza. Di restorant ini, mereka ada menyediakan pelbagai menu seperti pizza, masakan daging, ayam, ikan, salad dan lain-lain. Makanan sampingan juga tidak kurang lazatnya. Oleh itu, agak sukar untuk ana nyatakan menu yang manakah paling sedap kerana ianya bergantung kepada citarasa masing-masing. Yang paling penting, ianya HALAL.

Photo0624

Antara menu salad sebagai appetizer

   Photo0627Photo0630

Antara menu daging dan ayam sebagai hidangan utamaPhoto0631  Photo0628

Antara menu makanan sampingan 

Photo0634

Salah satu menu dessert yang disediakan

Disini, ana hendak share tentang salah satu makanan sampingan iaitu potato au gratin. First time ana makan menu ini ialah sewaktu dinner majlis perpisahan factory director.

Waktu itu, main dish yang dihidangkan adalah daging lembu separuh masak dihidang bersama potato au gratin. Daging tu memang lembut tapi masih ada membawa rasa arang ala-ala steak (sebab panggang). Apabila dimakan dengan potato augratin yang ada rasa sedikit masin dan lemak (tapi tak greasy), memang satu padanan yang sangat lengkap.

Sponsored- about this ads
Part time dari rumah yang lumayan? Klik sini
Mahu buat duit tanpa modal? Klik sini

Kali kedua, ana dapat makan semasa lunch time bersama technical director yang datang buat lawatan di factory. Kali ini, makanan dihidangkan secara buffet. Waktu itu, ayam grill ada juga dihidangkan dan ana pon cuba menikmati potato au gratin itu dengan ayam grill tersebut. SEDAP!! Oleh itu, dapatlah ana buat kesimpulan dimana potato au gratin ini sesuai sebagai pelengkap makanan berpanggang. Boleh lah dicuba untuk disajikan semasa berBBQ.

IMG_2476

Dalam gambar diatas, potato au gratin adalah tray ke-3 dari kiri.

Selain daripada makanan yang dihidangkan lazat dan enak, pada pendapat ana, servis yang diberikan kepada pelanggan  juga sangat baik dan mesra. Sekadar perkongsian, salah situasi yang berlaku kepada ana iaitu ketika pertama kali ingin mencuba menikmati espresso.

Seperti yang kita tahu, espresso ini kelat dan ada manis-manis kopi dihujung nya. So, di restoran Barney’s ini, cheft mencadangkan kepada ana cara untuk menikmati espresso dengan sedikit twist dimana satu scoop aiskrim vanilla dimasukkan kedalam secawan espresso hangat. Apabila diminum, rasa pahit dan manis kopi masih dikekalkan tetapi, dengan penambahan aiskrim vanilla, ia dapat meminimakan rasa kelat espresso. Yang unik nya, boleh rasa hangat dan sejuk dalam mulut dalam satu masa. Kepada yang ingin mencuba ataupun penggemar espresso, mungkin anda boleh cuba letak aiskrim vanila ini untuk menikmati pengalaman rasa yang berbeza.

Sponsored- about this ads
Part time dari rumah yang lumayan? Klik sini
Mahu buat duit tanpa modal? Klik sini

top