search
top

Korean moment

Kalau dilihat semula, selera hana ni kenapa ade letak term korean stuff?

Actually time belajar kat USM kampus kejuruteraan, ana memang gila korea. Walaupon mase tu ana gile jugak ngan anime seperti bleach, blood plus, fairy tail, one piece dan sebagainya, namun lagu-lagu korea dan reality shows korea seperti family outing, we got married, two days one night, star king, star golden bell dan infinity challenge memang ana susah nak skip. kalau drama dan movie tu memang follow lah juga. Mungkin Selera entertainment ana more on korean stuff kot. Agaknya la.

SONSENGNIM7

Gambar ni masa housewarming rumah sonsengnim.

So, ditakdirkan masa final year baru ade kursus bahasa korea. so, ana dan kawan-kawan ana pon ambil kesempatan ini untuk learn hangeul. Cikgu @ sonsengnim ana adalah native korean so, dapat la merasai serba sedikit budaya korea tuh.

SONSENGNIM

Bahan-bahan masakan

SONSENGNIM2

Wife sonsengnim ajar kitorang masak kimbab. hehe..

SONSENGNIM9

“yut” game kot kalau tak silap nama permainan traditional ni

SONSENGNIM 10

The battle begin..

SONSENGNIM8

Penat main, makan domino pizza sambil layan movie

SONSENGNIM3

SONSENGNIM5

SONSENGNIM 6

SONSENGNIM 4

Yang ni gambar kenang-kenangan mase pakai baju hanbok

Rindu giler waktu tu. sekarang ni nak continue learn hangeul macam susah saja nak dapat source. Plus, kalau sudah belajar tapi tak praktis pun boleh lupa juga. So, In Shaa Allah, ana bercadang nak share dan learn hangeul dengan sesapa yang nak self study hangeul ataupun sesiapa yang sudi baca blog ana ni..

사랑해요... (sarangheyo...)

사랑해요… (sarangheyo…)

RESEPI SAMBAL URAP

Posted by on Feb 16, 2015 in Sharing is caring | 8 comments

Urap atau lebih dikenali sebagai kluban bagi masyarakat jawa merupakan salah satu makanan yang berasaskan sayuran. Kebiasaannya, sayuran segar seperti ulam-ulaman digunakan dalam menghasilkan urap. Namun begitu, hari ini urap telah divariasikan dengan pelbagai sayuran mahupun bahan bukan sayuran yang dicelur seperti perut lembu. Selain daripada bahan campuran, rasa urap juga divariasikan melalui sambal urap atau rempah urap itu sendiri. Untuk entry kali ini ana share resepi sambal urap ulaman versi my mommy. Bahan sambal A 3 ulas bawang putih...

read more

MEE KETAM BALIK PULAU

Posted by on Feb 3, 2015 in Makan-makan | 0 comments

Kali ini ana nak cerita tentang mee ketam. Memang tidak dinafikan, banyak pilihan tempat makan yang best-best di Penang dan antara tempat makan yang di suggest oleh rakan ana untuk mencuba ialah Mee Ketam Balik Pulau. Dari namanya saja sudah pun memberi informasi dimanakah lokasi tempat makan ini. Tentunya di Balik Pulau, Pulau Pinang. Semasa pertama kali ana ingin mengunjungi tempat makan ini, kami hampir terlepas simpang untuk masuk ke gerai ini kerana gerai mee ketam ini agak tersorok. Maklumlah, gerai dibuka di bahagian hadapan laman...

read more

BIHUN SUP PUAKA

Posted by on Nov 18, 2014 in Makan-makan | 2 comments

Hi! Untuk entry kali ini ana nak share tentang satu tempat makan yang sangat rare (pada pendapat ana) iaitu BIHUN SUP PUAKA. Hurmm.. mendengar nama kedai nya sudah pun menggerunkan. Actualy, ana pernah terbaca mengenai bihun sup puaka ini semasa silent reading di facebook.  Ianya di share oleh salah seorang senior ana di USM dahulu. Kebetulan, semasa on the way nak ke lembah bujang, ana ternampak gerai ini di tepi jalan. So, balik dari melawat candi-candi di lembah bujang tu, kami pun singgah ke gerai berkenaan untuk merasai sendiri...

read more

Loading Bay Cafe

Posted by on Nov 6, 2014 in Makan-makan | 10 comments

Hi! Untuk entry ini, ana nak share satu pilihan tempat makan di Bandar Kluang. Nama restoran ini ialah Loading Bay Cafe. Mendengar namanya tidak bermakna tempat loading barang kontena ya. Mungkin nama restoran ini diberi sebegitu rupa untuk memberi makna tempat untuk kita load perut dengan makanan kot. Hehe.. Restoran ini ada menyediakan ruangan makan di bahagian luar sekiranya anda lebih prefer open air instead of air condition room. But, since kami datang for lunch and it just happen cuaca panas terik, kami pilih untuk masuk ke dalam. Buka...

read more

Reunion photo booth

Posted by on Oct 2, 2014 in Student life, Uncategorized | 1 comment

Just some recap on reunion ex SMKSR. Alhamdulillah, event tersebut mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan. Oleh kerana event tu dijalankan secara santai, pihak alumni just menyediakan set karaoke, makanan dan juga tempat untuk pendaftaran ahli baru. Bersebelahan dengan tempat pendaftaran,  there is Photo booth dimana  ana just buat untuk suka-suka. Why? Well, bila jumpa kawan lama, mesti kita nak snap-snap gambar sedikit sebagai kenangan. So, instead of randomly snap the photo, why not kita sediakan satu sudut untuk bergambar. Photo...

read more

Test personaliti – Rahsia mata

Posted by on Jul 25, 2014 in Suka-suki | 14 comments

Dalam entry kali ni, ana nak share satu test personaliti melalui mata yang ana terjumpa masa silent reading di facebook. (teringat pulak kat kawan ana yang kata ana ni “drone” sebab silent reader. hehe) Pemilik asal test ini oversea means, explanation dalam bahasa inggeris. Ana lupa pula nak take note nama beliau. Apapun, test personaliti melalui mata ini ana nak share sekadar suka-suka. Have fun! Sudah pilih no mata yang mana menarik minat anda? Take note atau ingat no pilihan mata tu. Boleh pilih lebih dari satu sebab benda ni...

read more

Zakat Fitrah di Terreal

Posted by on Jul 23, 2014 in Working life | 6 comments

Assalamualaikum… Enty kali ini ana nak cerita tentang Zakat. Apa Zakat tu? Hurm.. kalau berdasarkan apa yang pernah di ajar semasa sekolah agama, Zakat ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta. Zakat Fitrah ni kita bayar pada bulan Ramadhan sahaja manakala Zakat Harta, boleh dibayar pada bila-bila masa. Pada 18hb July 2014 yang lepas, pihak Badan Kebajikan Terreal telah mengaturkan amil untuk datang ke kilang bagi memudahkan pekerja islam menunaikan Zakat Fitrah. Alhamdullillah, walaupun Terreal Group HQ dari...

read more

Cara tukar tayar kereta

Posted by on Jul 18, 2014 in Sharing is caring | 9 comments

Tukar tayar bocor – Satu insiden pagi hari dimana tayar belakang kereta kancil ana kempis habis. Bocor kah? Itulah yang terlintas difikiran ana. Ok, Nampak nya ana kene la gunakan skill yang agak berkarat menukar tayar kereta nih. Hujan lah pulak pagi-pagi ni. Tukar tayar sambil berpayung lah jawabnya. First, mestilah kene ambil keluar tayar spare dan tools untuk buka tayar. Letakkan jack di bahagian bawah kereta berdekatan dengan tayar yang hendak ditukar. Buka cover rim (kalau ade cover rim) dan selitkan tayar spare ke bawah kereta....

read more

Terreal 20th Quality Anniversary

Posted by on Jul 16, 2014 in Working life | 0 comments

Terreal (M) Sdn. Bhd. 20th Anniversary – Setiap tahun, CEO Terreal Group, Mr. Herve Gastinel akan melakukan lawatan ke semua factory dan outlet Terreal Group. So, tahun ini lawatan diadakan pada bulan July 2014. Seperti biasa, executive section yang terlibat akan present depertmental acheivement dan next project to be done kepada beliau. Untuk department quality, ana la yg kene present. Nervous betul tapi skrip yang ana dok practice tu tak diguna kan sepenuhnya pon sebab lepas present 1 item trus soalan-soalan power ditujukan oleh CEO ni....

read more

Terapi Pesakit Stroke / angin ahmar di Ismail Accutherapy Centre Batu Pahat

Posted by on Jun 26, 2014 in Sharing is caring | Comments Off on Terapi Pesakit Stroke / angin ahmar di Ismail Accutherapy Centre Batu Pahat

Asalamualaikum semua.. Entry ana kali ini nak share tentang satu tempat rawatan alternative untuk pesakit stroke. Actually, idea untuk share info ni kat blog adalah apabila salah seorang kawan ana bertanya tentang emak ana yang ada history minor stroke. Musykil juga. Kenapa tetiba tanya soalan macamtu? Rupa-rupanya pak long kawan ana ni mengalami kes yang hampir serupa dengan emak ana. Stroke separuh badan bahagian kanan. Segalanya bermula apabila emak ana discharge daripada wad dan dibenarkan pulang kerumah. Waktu itu untuk urusan emak ana...

read more
top