Dalam page ini, ana akan menerangkan dengan lebih detail mengenai huruf vokal di dalam bahasa Korea ataupun hangeul. Seperti yang ana telah beritahu dalam page pengenalan, huruf-huruf hangeul ini dicipta oleh King Sejong untuk orang-orang kebanyakan. Oleh itu, ianya berkonsepkan sastera korea untuk memudahkan kita mengingat.
Huruf vokal ini sebenarnya berdasarkan dari tiga simbolik utama iaitu;
- Bulatan yang melambangkan matahari atau syurga
- Garisan melintang yang melambangkan bumi atau tanah
- Garisan menegak yang melambangkan manusia

Sponsored- about this ads
Part time kumpul point untuk redeem duit sebenar? Klik sini
Nak buat duit tanpa modal? Klik sini
Nak komisen 5 ke 6 angka? Klik sini
Nak tahu cara jual barang ke oversea? Klik sini
Daripada gabungan tiga simbolik ini, maka terhasillah huruf-huruf vokal. Namun begitu, huruf vokal ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bright (cerah), Dark (gelap) dan Neutral. Ini kerana dalam peraturan gabungan huruf vokal, Bright dan Dark vokal tidak boleh digabungkan. Peraturan ini berkonsepkan seperti hari siang tidak boleh berada dalam satu masa yang sama dengan hari malam. Tetapi, manusia boleh berada di kedua-dua keadaan siang dan juga malam. Macam complicated lah pulak. Jom lihat hasil gabungan huruf vokal daripada simbolik-simbolik ini.

Dalam penulisan bahasa korea, huruf konsonan harus berada dihadapan huruf vokal untuk membolehkan ianya dibaca. Oleh itu, huruf konsonan ㅇ akan diletakkan dihadapan huruf vokal dalam jadual dibawah kerana, huruf konsonan ㅇ dibunyikan dalam keadaan senyap (silent) sekiranya berada di awal blok kata. (Penerangan lanjut mengenai susunan blok kata ini akan diupdate dalam page yang akan datang).
Jadual dibawah adalah huruf vokal bahasa korea, romanisasi dan cara membacanya.
Hangeul | Romanisasi | Cara Membaca / Menyebut |
아 |
a |
Seperti a dalam kata mama atau ayam |
야 |
ya |
Seperti ya dalam kata ayah atau yakin |
어 |
eo |
Seperti o dalam kata tong atau or (bahasa Inggeris) |
여 |
yeo |
Seperti yo dalam kata gotong royong |
오 |
o |
Seperti o dalam kata orang |
요 |
yo |
Seperti yo dalam kata yoyo |
우 |
u |
Seperti u dalam kata susu |
유 |
yu |
Seperti yu dalam kata ikan yu |
으 |
eu |
Seperti e dalam kata lebat atau emak |
이 |
i |
Seperti i dalam kata ikan |
애 |
ae |
Seperti a dalam kata aircond |
얘 |
yae |
Seperti ye dalam kata yes (bahasa Inggeris) |
에 |
e |
Seperti e dalam kata elok |
예 |
ye |
Seperti ye dalam kata yen (mata wang jepun) |
외 |
oe |
Seperti we dalam kata wedding (bahasa Inggeris) |
위 |
wi |
Seperti wi dalam kata dewi |
의 |
ui |
Seperti menyebut eui dalam kata E diikuti I dimana E dalam emak dan I dalam Ikan |
와 |
wa |
Seperti wa dalam kata waktu |
왜 |
wae |
Seperti we dalam kata wedding (lebih “tebal” dari 외) |
워 |
wo |
Seperti wo dalam kata won (mata wang korea) |
웨 |
we |
Seperti we dalam kata website |
Sebutan yang mengandungi ‘ㅐ’ dan ‘ㅔ’ adalah berbeza tetapi agak sukar untuk membezakannya kerana sebutan itu hampir serupa. Jangan risau, orang korea pon selalu melakukan kesalahan dalam membezakan ‘ㅐ’ dan ‘ㅔ’ ni. Dan hari ini, mereka menyebutnya dengan bunyi sebutan yang sama sahaja.
Selamat menghafal dan berlatih menyebut huruf vokal dan nantikan entry ana untuk pembelajaran yang seterusnya.^^
Sponsored- about this ads
Part time kumpul point untuk redeem duit sebenar? Klik sini
Nak buat duit tanpa modal? Klik sini
Nak komisen 5 ke 6 angka? Klik sini
Nak tahu cara jual barang ke oversea? Klik sini
I like the way you make it simple. How relatable!
Like!! Great article post.Really thank you! Really Cool.