Pengenalan Bahasa Korea

안녕하세요! (Selamat sejahtera!)

Jom! Belajar bahasa korea! Untuk entry pengenalan bahasa korea, ana nak ajak anda semua learn from the history first. Sebab masa ana belajar kat USM, 선생님 (cikgu) tak cerita history ni. Ana baru saja dapat info ini melalui buku latihan bahasa korea for beginner. Sharing is caring.

Maharaja Sejong
Maharaja Sejong

Abjad Korea ataupun “Hangeul” ini dicipta oleh King Sejong, iaitu maharaja ke-4 sewaktu dinasti Joseon. Sebelum Hangeul di cipta, penulisan bahasa korea dipinjam daripada makna, bunyi dan aksara cina. Tetapi, untuk rakyat biasa atau orang kebanyakan, mereka tidak pandai membaca aksara cina dan tidak dapat meluahkan pandangan mereka secara bertulis.

Ini kerana pada zaman itu, mungkin hanya orang yang bergelar graduan atau golongan elite saja yang dapat pendidikan formal dan belajar penulisan aksara china. Oleh itu, Maharaja Sejong mencipta sistem tulisan ini dan oleh kerana ianya mudah, maka Hangeul digunakan secara meluas.

Hangeul mempunyai 10 huruf vokal dan 14 huruf konsonan asas.  Hasil gabungan huruf-huruf ini akan menghasilkan 19 konsonan dan 21 vokal yang boleh ditulis dan dibaca. Dalam penulisan korea, huruf-huruf ini akan digabungkan menjadi blok  dan membentuk suku kata. Blok-blok ini kemudian disusun dari kiri ke kanan sama seperti gaya penulisan barat. Macam complicated lah pulak. Jom kenal huruf-huruf Hangeul.

Huruf Konsonan
19 Huruf Konsonan
Huruf vokal
21 Huruf vokal

Mengenal dan mengingat semua huruf Hangeul ni penting kerana ia akan menjadi asas  kepada semua pembelajaran bahasa korea. Maksudnya, kalau nak berkomunikasi dalam bahasa korea, memang kene belajar juga huruf-huruf penulisan bahasa korea ni sebab ia juga asas kepada sebutan bahasa korea. Macam kita belajar bunyi vokal “a, i, u, e, e, o” waktu sekolah tu..

Walaupun huruf-huruf ini nampak macam susah saja nak ingat, tetapi macam history yang ana dah cerita kat atas tadi, ianya direka khas untuk dipelajari oleh orang kebanyakan yang tak dapat pendidikan formal. So, jangan risau. Sekejap saja boleh hafal huruf-huruf Hangeul ni. Yang penting, kene rajin buat latihan. Untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai huruf-huruf Hangeul dan bagaimana cara sebutan huruf-huruf tersebut, nantikan entry ana yang akan menyusul nanti.^^.

Sponsored- about this ads
Part time kumpul point untuk redeem duit sebenar? Klik sini
Nak buat duit tanpa modal? Klik sini
Nak komisen 5 ke 6 angka? Klik sini
Nak tahu cara jual barang ke oversea? Klik sini

Join the Conversation

1 Comment

Leave a comment

Your email address will not be published.