Potato Au Gratin recipe

Entry selera hana kali ini, ana nak share resepi POTATO AU GRATIN versi anna diaz.

Actually, resepi ni ana dapat daripada internet tetapi ada beberapa step yang ana terlupa ikut semasa pertama kali experiment memasaknya. However, hasil masakan menu ini masih memuaskan hati ana sebab rasanya similar dengan yang Barney’s buat tuh. Hehe.. (Ibarat masuk bakul angkat sendiri).

Sponsored- about this ads
Part time kumpul point untuk redeem duit sebenar? Klik sini
Nak buat duit tanpa modal? Klik sini
Nak komisen 5 ke 6 angka? Klik sini
Nak tahu cara jual barang ke oversea? Klik sini

Dalam enry ana tentang Barney’s restaurant tu ana ade share sikit tentang menu potato au gratin ni. Menurut anak tekak ana, menu ini sesuai disajikan bersama daging atau ayam yang di panggang. Kira BBQ concept la. So, selalunya bila BBQ, sos lada hitam la yang paling selalu menjadi pilihan. Tapi, pada pendapat ana, potato au gratin ini boleh menggantikan fungsi sos lada hitam untuk memberi rasa yang berbeza yet still lazat.


IMG_20140622_172308

Bahan-bahan A:

3-4 biji kentang Russet disagat/ hiris

1 biji bawang Holland dipotong menjadi ring

Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

IMG_20140622_174009

Bahan-bahan B:

3 sudu makan butter

3 sudu tepung gandum

½ sudu the garam

2 cawan susu

1 ½ cawan keju cheddar disagat/potong kecil

Sponsored- about this ads
Part time kumpul point untuk redeem duit sebenar? Klik sini
Nak buat duit tanpa modal? Klik sini
Nak komisen 5 ke 6 angka? Klik sini
Nak tahu cara jual barang ke oversea? Klik sini


Langkah pertama, kita mulakan dengan bahan-bahan A iaitu;

  • Susun satu lapisan kentang diseluruh bekas loyang atau untuk kes ana, ana guna aluminium foil dan shape kan menjadi bentuk dulang/loyang.
  • Kemudian, susun lapisan ke-2 dengan bawang Holland.
  • Taburkan campuran garam dan serbuk lada hitam diatasnya.
  • Ulangi lapisan kentang di ikuti bawang dan campuran garam dan serbuk lada hitam itu tadi sehingga habis. Letak tepi.

??????????????????????????????? IMG_20140622_174818


Langkah kedua pula melibatkan bahan-bahan B.

  • Cairkan butter di dalam kuali pan dengan api sederhana dan masukkan tepung dan garam. Kacau sehingga sebati.
  • Kemudian masukkan susu dan pastikan terus mengacau. Apabila susu dah start ade buih-buih kecil nak mendidih, masukkan keju cheddar dan kacau sehingga semua keju cair dan campuran kelihatan sedikit likat dan sebati. Kemudian, tuangkan campuran tadi ke dalam loyang yang telah dilapiskan dengan kentang dan bawang tadi.

???????????????????????????????


Langkah ketiga;

  •  Masukkan kedalam oven dan bakar sehingga kentang masak. Kalau mengikut resepi asal, tempoh pembakaran 30min dengan suhu 200°C. Untuk kes ana yang tak ade oven dirumah, ana masukkan loyang kedalam happycall (periuk / kuali serbaguna. Ada juga jenama lain seperti Ikan dll) dan bakar lebih kurang 30 min juga.

Setelah kentang masak, menu itu sudah sedia untuk dihidang..

??????????????????????????????? IMG_20140622_185359

Selamat mencuba dan berexperiment bersama ana!!

Tips: kalau nak tahu kentang dah masak ke tidak, try cucuk dengan garfu dan kalau lembut je sampai ke dasar loyang, maksudnya dah masak la tuh.

Sponsored- about this ads
Part time kumpul point untuk redeem duit sebenar? Klik sini
Nak buat duit tanpa modal? Klik sini
Nak komisen 5 ke 6 angka? Klik sini
Nak tahu cara jual barang ke oversea? Klik sini

Published by raihana

Unpredictable, stubborn and persistence? That is my good point. hehehe..

Join the Conversation

4 Comments

  1. Wahhh…nampak mcm menarik jek…
    boleh ar suh wife aku try masak nanti…
    aku just beli barang2 nye jek…heheheh
    actually ni lah menu yg kitorang selalu makan kalau “big bos” tempat kitorang datang Malaysia…sedap n kenyang sgt…hehehe

    nice work for step by step masak ni- so orang xkan lost bila masak ni…ermmm nampak cam “barneys” lah….heheheh

  2. hehe.. memang target nak tiru barney’s tapi kire jimat sikit kot kalau buat sendiri kat umah.

  3. Pingback: Free Piano
  4. I often visit your site and have noticed that you don’t update it often. More frequent updates will give your page
    higher rank & authority in google. I know that writing articles takes a lot of time,
    but you can always help yourself with miftolo’s tools
    which will shorten the time of creating an article to a couple of seconds.

Leave a comment

Your email address will not be published.