Urap atau lebih dikenali sebagai kluban bagi masyarakat jawa merupakan salah satu makanan yang berasaskan sayuran. Kebiasaannya, sayuran segar seperti ulam-ulaman digunakan dalam menghasilkan urap. Namun begitu, hari ini urap telah divariasikan dengan pelbagai sayuran mahupun bahan bukan sayuran yang dicelur seperti perut lembu.
Selain daripada bahan campuran, rasa urap juga divariasikan melalui sambal urap atau rempah urap itu sendiri. Untuk entry kali ini ana share resepi sambal urap ulaman versi my mommy.
Bahan sambal A
3 ulas bawang putih
Beberapa biji cili padi (mengikut kepedasan yang anda sukai)
Sedikit belacan mentah
Sedikit cekur @ kencur
Garam dan gula secukup rasa

Bahan sambal B
Kelapa yang telah diparut
1/3 sudu asam jawa
Bahan sayuran
Ulam-ulaman

Cara membuat sambal urap versi my mommy ni mudah sahaja. Mula-mula, tumbuk lumat bahan-bahan A. selepas itu, masukkan bahan-bahan A dan B kedalam satu bekas dan gaul sehingga sebati @ rata. Setelah rata, anda bolehlah merasa sedikit hasil campuran tersebut. Sekiranya mahukan lebih pedas, masih boleh lagi ditumbuk cili dan digaul semula. Setelah berpuas hati dengan rasa hasil campuran tersebut, salai @ sangan campuran di atas kuali tanpa minyak sehingga agak kering. Siap sudah sambal urap!

The next step will be just mixt it with all the veggies. Lebih sedap bila dimakan dengan nasi putih panas dan telur rebus. Sambal urap ini boleh tahan selama lebih kurang 2 hari kerana ianya disalai kering. Selamat mencuba!
Sponsored- about this ads
Part time kumpul point untuk redeem duit sebenar? Klik sini
Nak buat duit tanpa modal? Klik sini
Nak komisen 5 ke 6 angka? Klik sini
Nak tahu cara jual barang ke oversea? Klik sini
Great website! It looks really good! Keep up the great job!
Keren Sob, menarik sekali artikelnya, semoga bisa menjadi bahan referensi untuk dicoba.
Artikel yang menarik, ketemu dari google, semoga bisa jadi referensi, ditunggu postingan berikutnya.
Like!! Great article post.Really thank you! Really Cool.