Terapi Pesakit Stroke / angin ahmar di Ismail Accutherapy Centre Batu Pahat

Asalamualaikum semua..

Entry ana kali ini nak share tentang satu tempat rawatan alternative untuk pesakit stroke. Actually, idea untuk share info ni kat blog adalah apabila salah seorang kawan ana bertanya tentang emak ana yang ada history minor stroke. Musykil juga. Kenapa tetiba tanya soalan macamtu? Rupa-rupanya pak long kawan ana ni mengalami kes yang hampir serupa dengan emak ana. Stroke separuh badan bahagian kanan.

10414394_10152309504488462_60755030957007688_n

Segalanya bermula apabila emak ana discharge daripada wad dan dibenarkan pulang kerumah. Waktu itu untuk urusan emak ana ini banyak dilakukan oleh kakak ana. Jadi ana just boleh share mana yang ana tahu sahaja. Atas maklumat rakan atau kenalan terdekat (ana tak sure siapa) mereka mencadangkan untuk kami menghantar emak ke pusat rawatan di batu pahat iaitu di Ismail Accutherapy Centre.

Sponsored- about this ads
Part time kumpul point untuk redeem duit sebenar? Klik sini
Nak buat duit tanpa modal? Klik sini
Nak komisen 5 ke 6 angka? Klik sini
Nak tahu cara jual barang ke oversea? Klik sini

Ini kerana telah ramai orang datang mendapatkan rawatan disana dan serasi (dengan izin Nya, sembuh). Masa kat pusat rawatan tu, bukan orang melayu ja kat situ. Cina, india, hinggakan mat saleh pon ada yang sama-sama tunggu turn untuk buat rawatan. So, kalau kene menunggu tu, harap bersabar lah. Sambung balik kisah emak ana, kakak-kakak ana ni pun bergilir-gilir menghantar emak ana ke pusat rawatan itu setiap hari. Dan dengan izin Nya, Alhamdulillah, kesihatan emak ana beransur baik sehingga boleh berjalan semula.

mak

Siap ada tangga sebagai tool untuk melatih pesakit berjalan.

Sekarang ini ana nak war-warkan kepada semua kenapa perlu share info tentang pusat rawatan ini.

Pertama, apabila ada ahli keluarga atau kenalan yang terkena stroke, kita biasanya tidak tahu hendak buat macam mana. Adakah hanya tunggu dirumah saja sehingga checkup susulan dari pihak hospital?

So, cadangan ana, datanglah ke pusat rawatan Ismail Accutherapy Centre ini sebagai alternative. Maksudnya, rawatan susulan hospital tu kita tetap pergi juga. Tetapi ini kira rawatan tambahan yang kita ambil untuk mempercepatkan proses penyembuhan.


Kedua, tentu mahal kalau nak arrange fisioterapi atau rawatan-rawatan berkaitan di klinik swasta. Pendapatan kita ni bukan lah tinggi mana.

Jangan risau. Kelebihan pusat rawatan ini ialah, sekiranya rawatan tidak melibatkan injection atau ubat-ubatan (100% rawatan pakai mesin sahaja) bayaran adalah seikhlas hati. Maksudnya, anda tidak perlu risau kalau anda bukan dari golongan berpendapatan tinggi. Kerana harga kos rawatan ini ditetapkan oleh anda sendiri. Means, kalau anda mahu beri RM1 sahaja pon mereka terima. Kerana niat mereka adalah ingin membantu orang. Kebiasaannya, kalau anda berpuas hati dengan hasil rawatan, pastinya anda akan membayar lebih dari itu. Sekali lagi ana tekankan disini. Bayaran kos rawatan adalah seikhlas hati anda untuk memberi.

Sponsored- about this ads
Part time kumpul point untuk redeem duit sebenar? Klik sini
Nak buat duit tanpa modal? Klik sini
Nak komisen 5 ke 6 angka? Klik sini
Nak tahu cara jual barang ke oversea? Klik sini


Ketiga, carian Ismail Accutherapy Centre ini mungkin tidak berapa mesra di search engine (ini hanyalah pendapat ana) sebab senang typo bila nak search.

Oleh itu, anda bolehlah copy link blog ini dan share info ini kepada sesiapa yang memerlukan. So, kat atas tadi ana ada sertakan gambar business card pusat rawatan itu. Bolehlah telefon atau hubungi mereka kalau nak buat appointment ataupun pertanyaan lanjut. Boleh juga refer map kat bawah ni (walaupun kabur sedikit tetapi harap membantu) untuk ke tempat pusat rawatan.

10377991_10152309504663462_6533365018562702228_n

Apa-apa pun, kene ingat. Sakit itu Allah yang bagi dan Dia juga lah yang berkuasa untuk menyembuhkan. Kita sebagai hamba,apabila diuji, perlulah bersabar dan berusaha. Bukan main redha tapi tak buat apa-apa..

p/s: pusat ini ada juga menyediakan rawatan untuk kes selain daripada stroke tetapi ana tak nyatakan sebab tak sure.

Sponsored- about this ads
Part time kumpul point untuk redeem duit sebenar? Klik sini
Nak buat duit tanpa modal? Klik sini
Nak komisen 5 ke 6 angka? Klik sini
Nak tahu cara jual barang ke oversea? Klik sini

Published by raihana

Unpredictable, stubborn and persistence? That is my good point. hehehe..