Tips untuk isi borang SIP PERKESO

Hi, selamat datang ke selerahana. Seperti yang kita sedia maklum, ramai orang kehilangan pekerjaan dan ini adalah impak daripada perang dagangan antara US-China dan ditambah lagi dengan kes Covid19 yang melanda seluruh dunia sekarang ni.

Jadi, untuk entry kali ini ana nak share tips persediaan yang korang perlu buat sebelum isi borang Tuntutan Faedah Sistem Insurans Pekerjaan – SIP PERKESO. Apa yang ana share ni actually based on pengalaman ana sendiri yang terkial-kial dok mengisi borang tu.

Sila klik gambar ini untuk ke laman utama PERKESO.

Actually kat laman perkeso tu sudah disediakan PDF file Panduan Permohonan Faedah SIP. Tetapi, isi kandungannya lebih kepada cara untuk isi borang tersebut secara online.
Tips yang ana nak tambah ni simple je sebenarnya. Lebih kepada untuk mengelakkan diri korang kesana-kesini semasa isi borang.

  • Pastikan sudah ada updated resume dan letak kat sebelah semasa mengisi borang.
  • Lagi bagus kalau segala sijil-sijil korang pon ade kat sebelah.
  • Sediakan siap-siap dokumen wajib yang perlu diupload sebelum menghantar permohonan.

Sponsored- about this ads
Part time kumpul point untuk redeem duit sebenar? Klik sini
Nak buat duit tanpa modal? Klik sini
Nak komisen 5 ke 6 angka? Klik sini
Nak tahu cara jual barang ke oversea? Klik sini

Berikut merupakan senarai dokumen yang perlu di sediakan untuk di upload;

  1. Salinan kad pengenalan 
  2. Salinan surat penamatan pekerjaan / surat berhenti kerja dari majikan
  3. Salinan slip gaji 6 bulan dari tarikh penamatan pekerjaan
  4. Salinan akaun bank

Ok, kite citer sikit. Mase ana nak isi borang tu, ana tak ada slip gaji 2 bulan terakhir. Untuk kes ana, 6 bulan slip gaji tu adalah bulan nov 2019, dec 2019, jan 2020, feb 2020, march 2020 dan apr 2020. Silap ana juga sebab semasa datang ke company untuk sign surat pemberhentian kerja tu ana cuma bawa balik income statement sahaja. Then ana upload income statement sebagai ganti. Tapi tindakan ana ni salah ya. So asbab dari tindakan yang salah tu, ana dihubungi pegawai perkeso dan ana kene buat  semula salinan slip gaji 6 bulan tu dan hantar kepada beliau melalui email beliau.

Kat sini ana nak ingatkan yang untuk setiap dokumen tu, korang kene pastikan saiz file tidak melebihi 5MB (kalau tak silap). So, better korang sediakan salinan tu semua dalam bentuk PDF dan check siap-siap saiz dokumen tu. Kalau tak, korang akan bermasaalah untuk diupload ke dalam system.

File yang paling besar semestinya file salinan slip gaji. Kali pertama ana buat pegawai perkeso tu beritahu tak  boleh upload so ana kene buat semula. Untuk orang yang tak ade printer scanner macam ana ni, tips nya, ana pakai aplikasi CamScanner dan ana combine 2 bulan slip gaji untuk 1 page. Bila buat macamni barulah dapat size file tu kecik sikit.

Setelah selesai hantar, korang akan dapat email keputusan tuntutan faedah SIP tersebut dan email berkaitan dengan program penempatan pekerjaan semula PERKESO. Untuk program ni, korang akan dapat contact no Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO yang handle kes korang.

Diharap entry ini dapat membantu. Semoga bermanfaat.

Sponsored- about this ads
Part time kumpul point untuk redeem duit sebenar? Klik sini
Nak buat duit tanpa modal? Klik sini
Nak komisen 5 ke 6 angka? Klik sini
Nak tahu cara jual barang ke oversea? Klik sini

Published by raihana

Unpredictable, stubborn and persistence? That is my good point. hehehe..